Monday, 12 March 2012


Spesifikasi calon suami yg bolehlah dibuat suami:-

1. Solat fardhu cukup 5 waktu.

2. Ada kerja gaji RM800-1500 ke atas, boleh bayar rumah sewa, boleh beli beras, boleh isi minyak, boleh antar ke tempat keje. Nafkah zahir boleh bagi, bukan nafkah batin je tau.

3. Ada kenderaan: moto kapcai dah cantek. honda EX5 orait sangat la tu dengan 2 helmet. Basikal pun boleh, tapi penat kayuh kalau dari Bangsar ke KLIA.

4. Lulus ujian fardhu 'ain sekolah rendah. Maknanya boleh mandi wajib dengan baik dan boleh ajar isteri mandi wajib dengan betul, apatah lagi mandi-mandi yg lain.

5. Boleh baca al-Quran dan boleh mengajar al-Quran walaupun setakat "Alif Ba' Ta'" sampai Surah "Iqra' Bismirabbikallazi Khalaq."

6. Jenis lurus, baik & hati baik, tak menipu. Tadelah sampai menipu kata nak gi Mydin tapi pegi mengorat jiran taman sebelah.

7. Dia paham kamu, kamu paham dia. Paham jiwo gitu. Serasi bersama. Berbeza tapi boleh masuk.

8. Gedik joget2 pun depan bini dan anak2 je. Depan org lain sopan santun gitu.

9. Jenis tak cemburu buta sgt. Cemburu macam ni ok, "Ehemm..ramainya kawan laki kat opis..jgn sampai lupa abg taw.."

10. Belajar takat PMR je pun takpe, janji cara dia fikir tu matang dari yang belajar PhD.

11. Kalo dia jenis diam tadelah sampai org kata tak bergaul ngn manusia lain. kalo dia banyak bercakap pun tadelah sampai dia mengata2 org lain.

12. Malas juga ke masjid, tapi dia pergi gak dalam sehari tu 2 kali sekurang2nya Maghrib dan Isyak.

13. Tak berapa gemar dengar kuliah agama, tapi bila tengok Youtube Ustaz Azhar Idrus ngajar tu sampai terlupa nak tengok bola.

14. Boleh susah senang bersama. Kalau isteri nangis, dia tolong riba isteri dan tenangkan. Kalau isteri sakit, dia tolong jaga dari malam sampai pagi.

15. Jenis senyum sokmo.

16. Tak tengok sgt awek cuns, duk tengok bini dia je wlpn bini dia tak cuns.

17. Pandai masak sekurang2nya masak nasi dan goreng telur, ayam, ikan, nasi goreng, nasi goreng hailam dll. 
Kalau dia tak sempat nak masak sekalipun, dia takkan makan kat McD or tempat2 makan yg pelik2 nama dia menu yg mahal2 sebab dia tahu keje dia gaji tak banyak. Makan nasi lemak kat gerai lagi ok pe. 

18. Rajin. Ringan tangan tolong isteri. Kadang2 tolong kemas rumah, sapu sampah, sidai kain, memasak. Tapi janganlah poyo sangat sampai kawan2 isteri datang pun, tolong gorengkan pisang kat dapur utk raikan tetamu.

19. Jenis pembersih gak la. Masa muda2 dia tade la jenis pakai seluar jeans busuk berminggu-minggu tak basuh. Bau badan tu jaga. Kena bersih sebab hari2 nak ngadap Allah, bukan nk wangi depan manusia je.

20. Sehari sekali ingatkan bini dan anak2 tentang kematian. "Syg, tengok jam tu. Ha, bila kita tengok jam..ingatlah detik kematian tu makin hampir."

21. Dia sentiasa nak berubah bersama2 isteri dan anak2 dia. Berubah jadi lebih soleh dari sehari ke sehari.

22. Dia boleh jadi imam solat isteri dan anak2 wlpn dia tak reti baca doa lepas solat. Dia doa senyap2 je tak bunyi pape, tp dlm hati dia doa.."Ya Allah! Letakkanlah isteri dan anak2ku dlm lindunganMu. Andai aku mati, Kau jagalah keluargaku ini dari fitnah dunia."

Apa?! Tak boleh blah ciri2 ni? Ni ok la ni utk org2 biasa cam kita. Nak dapat yg best2, kena best2kan diri gak la. Target nk yg soleh, kita sendiri malas semayang. Atoiiii~

Tuesday, 6 March 2012

BOLA BOLA MALAYSIA

nak gempak jep kan ?
hehe 
nak tahu sebab ape bola bola malaysia ?
sebab nye 
ary to kitorang pegi teman membe membe lawan bola 
then just berapa orang jep pompuan yang follow
aku amal ekin nan senior sorang Kak Erin
then kebetulan mase too 
aku amal n ekin pakai baju bola malaysia 
hehe 

orang lain yang lawan bola 
kitorang yang bersunggug sungguh * JAKUN *
hehe


hehe 
cam biase la 
tangkap pic sebagai bahan bukti :)

dalam pukul 6 lebih budak budak poli aku unn lawan lah bola 
aku nieh semangat laa tengok 
teruja BEB !
fokus kodd 
maaf agak [ BATAK ]
HAHA


nak tunjuk lambang malaysia 
hehe

sambil tengok bola 
sambil snap picture ,
itulah keje aku nan amal >.<



kami memang rapat 




bajet bajet >.<




sekiann >.<
happy sebab dapat bagi semangat at membe 
SEMANGAT KA ?
HAHA 


thankss too ANGAH sebab bawak kan kitorang
at padang nieh . 
Jasa mu di KENANG 
walawehhh >.<
Date Again <3 

hewhewhew
thanks dear sebab awak datang jumpe saya . 
saya sayang awak *ketat ketat*
HAHA 
bawak saya jenjalan 


 heehee 
baikkan ? layan jep saye nak bergambar .
nieh sayang awak niehh 
ngehhngeehh 
padan muke awak :P 


lepas to p at matrik tiya

comel kn membe saye >.<


thenn jumpee membe tiya 
ainn .
comelll diye niehh 
da la tangan diye lebutt 
waahhhhhhh terujaaa :)




muke ta sememeh seked .
>.<


then dah jalan jalan .
kena teman buah hati tengok bola kesayangan diye 
[ LIVERPOOL ]
haaa
sebab saye sayang awak saye unn teman laa awak 
hewhhew 
terHARU ta ?


 hewheww
bile kebosanan melanda 
ape lagi snap picture .
haa naseb baik awak ta melawan saya nak snap pic nan awak !
hehe  
comel taa awak ? 
^_________^




nie pic mase at MCd 


semangat awak makan 
abis kan burger saya . 
spicy chicken mx deluxe
>.<


 suke pic nieh <3
love it 




--thankss awak untuk hari yang indah to 
--terima kasih sebab layan peraga saya 
--thanks sebab tahan dengan kerenah saya
paling penting 
THANKS 
sebab terima saya SEADANYE 


[ SAYA SAYANG AWAK ]

Tuesday, 28 February 2012


        Andainya Lelaki Tahu..Apabila Seorang Perempuan Jatuh Cinta




1.Apabila seorang perempuan jatuh cinta,lelaki itu tidak semestinya punya segalanya tetapi lelaki itu adalah segalanya di hatinya.


2.Andainya lelaki tahu..Apabila seorang perempuan itu mengalirkan air mata, itu bukan bermakna dia lemah, tetapi dia sedang mencari kekuatan untuk terus tabah menyintai lelaki itu.

3.Andainya lelaki tahu..Apabila seorang perempuan marah, memang dia tidak mampu mengawal perasaannya tapi percayalah, itulah maknanya dia sangat mengambil berat dan menyayangi lelaki itu. Lihat saja pasangan yang baru bercinta, mereka jarang bergaduh. Tetapi percayalah semakin bertambah sayang mereka pada seseorang, semakin pula banyak pertelingkahan yang berlaku.

4.Andainya lelaki tahu..Apabila perempuan bercakap banyak, dia tidak pernah bermaksud untuk membuat anda rimas, tapi dia mahu lelaki mengenalinya dengan lebih dekat.

5.Andainya lelaki tahu..Apabila perempuan berkata dia mahu anda berubah, itu bukan bermakna dia tidak mahu menerima anda seadanya, tetapi dia mahu menjadikan anda lebih baik, bukan untuk dirinya, tetapi untuk masa depan anda.

6.Andai lelaki tahu..Apabila perempuan cemburu dan tidak percayakan anda, bukan bermakna dia tidak sayang..tetapi dia terlalu sayangkan anda dan masih mengangap anda anak kecil yang masih memerlukan sepenuh perhatian. Kadang2 dia terlalu risau sekiranya terlalu percaya, anda akan mengkhianati kepercayaan yang diberi. Naluri keibuannya sangat kuat. Dia hanya mahukan yang terbaik untuk anda.

7.Andai lelaki tahu..Apabila perempuan merajuk, jangan kata dia mengada-ngada. Dia bukannya mahu dipujuk dengan wang ringgit atau hadiah sedozen, tetapi cukup dengan perhatian yang boleh buat perempuan rasa dihargai.

8.Andai lelaki tahu..Apabila perempuan jarang mengatakan ‘i love u’, itu tidak bermaksud dia tidak menyintai tetapi dia mahu lelaki itu merasai sendiri cintanya, bukan hanya hadir dari kata-kata tetapi juga melalui bahasa tubuhnya.

9.Andai lelaki tahu..Apabila perempuan kata dia rindu sama kamu, dia benar-benar maksudkannya. Apabila berjauhan, bayanganmu akan sentiasa bermain di mata.

10.Andai lelaki tahu..Apabila perempuan kata lelaki lain itu lebih baik dari kamu, jangan percaya kata-katanya kerana dia hanya mahu menguji kamu. Dia mahu melihat sejauh mana kamu sanggup menjadi yang terbaik di matanya. Walaupun sebenarnya memang kamulah yang terbaik di hatinya. Selagi dia dengan kamu, percayalah, walaupun perempuan menganggap masih ramai lagi yang lebih baik di matanya tetapi di hatinya, kamu tetap yang terbaik.

11.Andai lelaki tahu..Apabila perempuan menjadi degil, dia bukan bermaksud untuk menjadi degil tapi dia mahu melihat sejauh mana lelaki itu mampu bersabar dengan kerenahnya. Percayalah, hati perempuan itu sangat lembut. Andai kena caranya, jangan terkejut kalau akhirnya dia menukar fikirannya dalam masa sesaat.

12.Andai lelaki tahu..Apabila perempuan berkata, “tolong tinggalkan saya!”, dia tidak bermaksud menyuruh anda pergi selamanya. Dia hanya mahu menenangkan fikirannya sebentar saja. Apabila dia kembali tenang, percayalah dia akan mencari anda semula. Itu tandanya dia benar-benar menyintai anda. Perempuan sukar untuk mengawal perasaan. Dia terlalu emosional. Tapi dialah yang paling menyayangi anda dan sangat sensitif dengan perubahan pada diri anda.

13.Andai lelaki tahu..Sememangnya Allah menciptakan lelaki dan perempuan itu dengan perbezaan yang tersendiri. Tetapi sekiranya mereka saling memahami, mereka akan saling melengkapi dan menyempurnakan . Perempuan itu diciptakan oleh Allah indah sekali. Di sebalik air matanya, tersimpan seribu satu kekuatan yang bakal menjadikan seorang lelaki itu merasa selamat bersamanya.



p/s : sayangi wanita yang benar benar menyayangi anda ~
  • | SIFAT SEORANG LELAKI |



    Lelaki boleh menjadi seseorang yang begitu sensitif dan mengambil berat (prihatin)
  • Jika seseorang lelaki meminati wanita, wanita itu tidak semestinya cantik. Cukup dengan budi bahasa dan kesopanan yang tinggi. Malah lelaki boleh menyukai wanita yang mempunyai banyak persamaan dengannya samada dari segi pemikiran atau minat. Oleh itu, banyak yang boleh dibualkan atau dikongsi bersama.
  • Kebanyakan masa, lelaki sebenarnya tidak mengetahui perasaan sebenar yang dirasakan oleh seorang wanita.
  • Lelaki boleh menerima penolakan dengan baik.
  • Lelaki cuba menonjolkan sikap kelakiannya untuk menambat hati wanita.
  • Lelaki memang dilahirkan dengan perasaan yang kuat terhadap wanita. Sebab itu mereka suka melihat wanita, menjeling wanita dan menonton Baywatch! Atau mencuci mata di tepi pantai atau swimming pool.
  • Kebanyakan lelaki resah bila berhadapan dengan situasi ingin mengajak wanita keluar untuk kali pertama!
  • Lelaki cuba meniru gaya selebriti atau berlagak macho hanya kerana ingin memikat hati wanita.
  • Bila lelaki cakap..'Emm..tengoklah dulu'..itu seringkali bermaksud dia berkata tidak atau kurang setuju.
  • Bila lelaki cakap direct to the point dalam sesuatu hal, dia sebenarnya ingin bersikap jujur dan berterus-terang dan mengharapkan wanita memahami maksudnya.
  • Kebanyakan lelaki yang nampak 'desperate', datang dari sekolah all boys!
  • Adalah biasa lelaki cemburu terutamanya apabila perempuan asyik menyebut nama lelaki lain.
  • Lelaki tidak boleh belajar kesemuanya pasal perempuan dari library atau buku semata-mata. Oleh itu mereka selalu keliru dengan sikap perempuan dan tidak faham kenapa perempuan bersikap begitu begini. Kadang-kadang lelaki perlu mengetahui lebih mendalam tentang bagaimana berhadapan dengan perempuan supaya hubungan dapat berjalan dgn lebih baik.
  • Betapa hebatnya lelaki itu bersikap romeo dan 'flirting' dengan ramai wanita, dia tetap hanya ada seorang teman wanita yg istimewa, yang lain hanya kawan.
  • Bila lelaki tertengok dada wanita dan wanita itu menyedari 'maafkan saja.' Kebanyakan lelaki tidak sengaja. Mereka merasakan kejadian wanita itu begitu indah!
  • Bila sesuatu hubungan putus di tengah jalan, lelaki juga rasa bersedih. Cuma dia tak menunjukkannya kesedihannya di depan orang.
  • Bila seorang perempuan meminati seorang lelaki, perempuan itu patut bagi hint! Mana tau lelaki itu juga menaruh minat. Senang usahanya nanti.
  • Adalah memalukan bagi lelaki jika tak berupaya menolong wanita.
  • Kebanyakan lelaki cukup lemah dengan air mata perempuan. Mereka lebih tewas sekiranya air mata itu mengalir dari perempuan yg dikasihi. Sebab itu dikatakan air mata senjata perempuan.
  • Lelaki bukanlah sempurna 100%, walau bagaimanapun rupanya atau pandangan luarannya. Jadi, perempuan janganlah mengharapkan semua yang hebat dari lelaki! Mereka juga normal dan mempunyai kelemahan!




Cinta lelaki 




1. Jika anda bertanya lelaki: “Adakah anda cintakan saya?” selepas setahun perhubungan, mereka akan menjawab “Ya, saya cintakan awak”.

Tetapi hakikatnya, mereka masih ada beberapa jawapan lain untuk soalan itu seperti A. “Ya, rasa-rasanyalah” B. “Mestikah saya berkata begitu supaya anda rasa senang hati?” C. “Bergantunglah apa maksud cinta pada pandangan awak” D. “Penting sangatkah?” dan E. “Siapa, saya?”

2. Anda tidak perlu meminta pendapat jujur mengenai diri anda dan anda tidak payah minta dia memberi pujian anda kekasihnya atau gadis paling menarik di dunia ini. Ini kerana apabila terlihat perempuan cantik di hadapannya, dia mungkin merenung hingga terbeliak biji mata.

3. Ada sesetengah lelaki tidak suka aturan hidupnya dirancang kerana baginya, biarlah takdir yang menentukan. Keadaan jadi lebih teruk jika pasangan cuba merancang segala tindakannya. Jika lelaki pilihan anda tidak gemar kehidupannya ditentukan, kaji dulu tabiatnya sebelum anda mengutarakan sebarang cadangan.

4. Lelaki tidak suka dipaksa atau diubah.

5. Lelaki yang gemar merokok pasti mendapatkan habuannya sebatang dua setiap kali selepas makan.

6. Setiap kali anda marah atau naik angin dengan si dia, dalam fikirannya lebih cenderung memikirkan: “Oh, dia ini pasti datang bulan.” sedangkan lelaki tidak sedar dirinya dimarahi kerana perangai atau tingkah lakunya sendiri yang menyakitkan hati.

7. Lelaki tidak berapa suka membincangkan isu pertengkaran dengan pasangannya. Jika dia mahu duduk berbincang, ia hanya sebentar dan dengan segera mahu menutup perbincangan. Beberapa hari berikutnya, dia akan buat-buat lupa.

8. Ada tiga perkara yang boleh membuat lelaki tertekan iaitu duit, kuasa dan seks.

9. Jangan buat lawak bodoh mengenai lelaki di hadapan kawan atau keluarganya. Ada lelaki cepat tersinggung dan menganggap ia satu penghinaan besar malah mungkin satu percubaan mensabotaj nama baiknya.

10. Lelaki cuma suka lafazkan ‘I love you’ pada peringkat awal perhubungan. Apabila perhubungan sudah menjadi semakin intim lelaki lupa untuk mengucapkannya semula sehingga wanita yang terpaksa memberi 10,000 jenis isyarat supaya dia tidak lupa dia masih dan perlu mencintai si wanita.

11. Lelaki suka jika pasangannya bergaya cantik, popular dan menarik perhatian waktu berjalan bersama. Tetapi jika ada lelaki lain yang tertarik dengan teman wanitanya, dia akan menyalahkan wanita dulu kerana katanya “Awak yang kuat melayan”.

12. Jangan kritik muzik, kereta, pasukan bola, motosikal, topi keledar atau apa saja yang menjadi kegemaran mereka.

13. Jangan kritik cara mereka berpakaian, menyapu gel rambut atau menyikat rambut.

14. Lelaki tidak suka diberikan tekanan pada fasa awal perhubungan. Jika dia melarikan diri apabila terserempak dengan keluarga atau sahabat handai anda, maafkanlah dia kerana dia sebenarnya masih belum yakin sepenuhnya.



anda beginikah ???
DOMO DOMO 

awak and saya 
auww auww 
so sweet ^__^

[ sila jeles oke ]

kali nieh nak cerita pasal domo ! 
aku ta tahu sejak bile aku minat domo *buruk* nieh . 
HAHA
tapi lepas aku tengok lame lame 
DOMO nieh SOMEL laa ~ 
berKENAN pulak aku tegok . 
teringin nak ade SATU . 
tapi ta nak yang kecik 
nak yang " BESAR "
HAHA


tengok .
comel kan ?? 
seriuss comel laahh bende alaah nieh >.<
ary too p QB 
jumpe warne nieh . 
somel sangat .
tapi sayang mahal sangat =.="



haa nak sume warne ! 






<awak satu , saya satuu >
awak coklat , saya pink ! 
heheh 
somel kan awak ?? 


hope one day i can buy this DOMO :)
aminnn ^___^

p/s : saya rindu awak lahh <3 
[ Empat Puluh Satu ]
KELEBIHAN WANITA ISLAM


1. Doa wanita lebih makbul daripada lelaki kerana
  sifat penyayang yang lebih kuat daripada lelaki. Ketika ditanya
  kepada Rasulullah S.A.W. akan hal tersebut, jawab baginda: “Ibu
  lebih penyayang daripada bapak dan doa orang yang penyayang     tidak
  akan sia-sia.”
2. Wanita yang solehah (baik) itu lebih baik daripada
   70 orang lelaki yang soleh.
3. Barang siapa yang menggembirakan anak perempuannya,
   derajatnya seumpama orang yang sentiasa menangis kerana takutkan Allah
   S.W.T. dan orang yang takutkan Allah S.W.T. akan diharamkan api
   neraka ke atas tubuhnya.
4. Barang siapa yang membawa hadiah (barang makanan
  dari pasar ke rumah)lalu diberikan kepada keluarganya, maka pahalanya
  seperti bersedekah. Hendaklah mendahulukan anak perempuan daripada
  anak lelaki. Maka barang siapa yang menyukakan anak perempuan seolah-
  olah dia memerdekakan anak Nabi Ismail A.S.
5. Wanita yang tinggal bersama anak-anaknya akan tinggal bersama aku
  (Rasulullah S.A.W.) di dalam syurga.
6. Barang siapa mempunyai tiga anak perempuan atau tiga saudara
   perempuan atau dua anak perempuan atau dua saudara perempuan,
   lalu dia bersikap ihsan dalam pergaulan dengan mereka dan mendidik
   mereka dengan penuh rasa takwa serta bertanggungjawab, maka baginya
   adalah syurga.
7. Daripada Aisyah r.a. “Barang siapa yang diuji dengan se Suatu
   daripada anak-anak perempuannya, lalu dia berbuat baik kepada
   mereka, maka mereka akan menjadi penghalang baginya daripada api
   neraka.
8. Syurga itu di bawah telapak kaki ibu.
9. Apabila memanggil akan engkau dua orang ibu bapamu, maka jawablah
   panggilan ibumu dahulu.
10. Wanita yang taat berkhidmat kepada suaminya akan tertutup pintu-
    pintu neraka dan terbuka pintu-pintu syurga. Masuklah dari mana-mana
    pintu yang dia kehendaki dengan tidak dihisab.
11. Wanita yang taat akan suaminya, semua ikan-ikan di laut, burung
   di udara, malaikat di langit, matahari dan bulan, semuanya
   beristighfar baginya selama mana dia taat kepada suaminya dan
   direkannya (serta menjaga sembahyang dan puasanya).
12. Aisyah r.a. berkata “Aku bertanya kepada Rasulullah S.A.W.,
    siapakah yang lebih besar haknya terhadap wanita? Jawab
    baginda, “Suaminya.” “Siapa pula berhak terhadap lelaki?” Jawab
   Rasulullah S.A.W. “Ibunya.”
13. Perempuan apabila sembahyang lima waktu, puasa bulan Ramadan,
    memelihara kehormatannya serta taat akan suaminya, masuklah dia dari
    pintu syurga mana sahaja yang dia kehendaki.
14. Tiap perempuan yang menolong suaminya dalam urusan agama, maka
    Allah S.W.T. memasukkan dia ke dalam syurga lebih dahulu daripada
    suaminya (10,000 tahun).
15. Apabila seseorang perempuan mengandung janin dalam rahimnya, maka
   beristighfarlah para malaikat untuknya. Allah S.W.T. mencatatkan
   baginya setiap hari dengan 1,000 kebaikan dan menghapuskan darinya
   1,000 kejahatan.
16. Apabila seseorang perempuan mulai sakit hendak bersalin, maka
    Allah S.W.T. mencatatkan baginya pahala orang yang berjihad pada
    jalan Allah S.W.T.
17. Apabila seseorang perempuan melahirkan anak, keluarlah dia
daripada dosa-dosa seperti keadaan ibunya melahirkannya.
18. Apabila telah lahir (anak) lalu disusui, maka bagi ibu itu
setiap satu tegukan daripada susunya diberi satu kebajikan.
19. Apabila semalaman (ibu) tidak tidur dan memelihara anaknya yang
     sakit, maka Allah S.W.T. memberinya pahala seperti memerdekakan 70
   orang hamba dengan ikhlas untuk membela agama Allah S.W.T.
20. Seorang wanita solehah adalah lebih baik daripada 70 orang wali.
21. Seorang wanita yang jahat adalah lebih buruk dari pada 1,000
   lelaki yang jahat.
22. 2 rakaat solat dari wanita yang hamil adalah lebih baik daripada
    80 rakaat solat wanita yang tidak hamil.
23. Wanita yang memberi minum susu kepada anaknya daripada badannya
   (susu badan)akan dapat satu pahala dari pada tiap-tiap titik susu
   yang diberikannya.
24. Wanita yang melayani dengan baik suami yang pulang ke rumah di
    dalam keadaan letih akan mendapat pahala jihad.
25. Wanita yang melihat suaminya dengan kasih sayang dan suami yang
    melihat isterinya dengan kasih sayang akan dipandang Allah dengan
   penuh rahmat.
26. Wanita yang menyebabkan suaminya keluar dan berjuang ke jalan
    Allah dan kemudian menjaga adab rumah tangganya akan masuk syurga
    500 tahun lebih awal daripada suaminya, akan menjadi ketua 70,000
    malaikat dan bidadari dan wanita itu akan dimandikan di dalam
    syurga, dan menunggu suaminya dengan menunggang kuda yang dibuat
    daripada yakut.
27. Wanita yang tidak cukup tidur pada malam hari kerana menjaga
    anak yang sakit akan diampunkan oleh Allah akan seluruh dosanya
   dan bila dia hiburkan hati anaknya Allah memberi 12 tahun pahala
   ibadat.
28. Wanita yang memerah susu binatang dengan “bismillah” akan
    didoakan oleh binatang itu dengan doa keberkatan.
29. Wanita yang menguli tepung gandum dengan “bismillah”, Allah akan
    berkatkan rezekinya.
30. Wanita yang menyapu lantai dengan berzikir akan mendapat pahala
    seperti meyapu lantai di baitullah.
31. Wanita yang hamil akan dapat pahala berpuasa pada siang hari.
32. Wanita yang hamil akan dapat pahala beribadat pada malam hari.
33. Wanita yang bersalin akan mendapat pahala 70 tahun solat dan
    puasa dan setiap kesakitan pada satu uratnya Allah mengurniakan
   satu pahala haji.
34. Sekiranya wanita mati dalam masa 40 hari selepas bersalin, dia
    akan dianggap sebagai mati syahid.
35. Jika wanita melayani suami tanpa khianat akan mendapat pahala 12
    tahun solat.
36. Jika wanita menyusui anaknya sampai cukup tempo(2½ thn), maka
  malaikat-malaikat dilangit akan khabarkan berita bahwa syurga wajib
   baginya.
37. Jika wanita memberi susu badannya kepada anaknya yang menangis,
   Allah akan memberi pahala satu tahun solat dan puasa.
38. Jika wanita memicit/mijat suami tanpa disuruh akan mendapat
   pahala 7 tola emas dan jika wanita memicit suami bila disuruh
   akan mendapat pahala 7 tola perak.
39. Wanita yang meninggal dunia dengan keredhaan suaminya akan
    memasuki syurga.
40. Jika suami mengajarkan isterinya satu masalah akan mendapat
   pahala 80 tahun ibadat.
41. Semua orang akan dipanggil untuk melihat wajah Allah di akhirat,
  tetapi Allah akan datang sendiri kepada wanita yang memberati
  auratnya yaitu memakai purdah di dunia ini dengan istiqamah.